Petua-petua yang patut anda tahu tentang kekasih anda semasa di IPT.
Makwe anda belum benar-benar mencintai anda jika:
1.Sering mengajak anda keluar jalan-jalan (membuang masa).
2.Asyik menghubungi anda siang dan malam.
3.Ingin mengikut kemana saja anda pergi.
4.Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya.
5.Tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya.
6.Tidak berminat membincangkan soal pelajaran.
Jangan ingat anda lelaki anda boleh terlepas. Untuk wanita ini adalah
Ciri-ciri Pakwe yang belum benar-benar mencintai anda:
1.Sering mengganggu anda dengan menelefon atau SMS semasa anda sedang mengulangkaji.
2.Sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi.
3.Cuba mencium anda walaupun anda sering memberikan amaran agar menghentikannya.
4.Suka memegang tangan anda, Kadang-kadang dia pura-pura tidak sengaja.
5.Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya.
6.Banyak alas an dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan bantuan.
7.Selalu minta dibelanjakan top up dan lunch (kes balak pokai la ni).
8.Tidak membenarkan anda bersama lelaki lain biarpun untuk mengulang kaji. Kalau makwe anda ikhlas dengan anda insyaAllah dia takkan curang dengan anda.
9.Sering mengajak anda ke tempat-tempat maksiat.
10.Bercakap isu-isu 18SX dengan anda tanpa segan silu.
11.Sering menghantar SMS lucah dan gambar tidak senonoh kepada anda.
12.Tidak berminat berbincang soal pelajaran.
13.Anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat dan bercakap hal-hal agama.
Ini hanyalah sekadar peringatan untuk kita kongsi bersama, yang mana buruk dijadikan sempadan yang mana elok kita jadikan contoh dan teladan. Manusia kadangkala tidak sempurna. Jadi, ingat-mengingatilah sesama kita. Kalau tidak dapat dibuat sunnah yang besar yang kecil jangan kita tinggalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kate2 dari mereka:
Post a Comment